? ??????????????Love to Hate? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (45 Ratings)??26 Grabs Today. 8737 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Love Hearts? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (80 Ratings)??26 Grabs Today. 16221 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Cop CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 9, 2009

karya yang di terbitkan

Ada Udara ada suara
Tapi Bisikan terlalu dalam
itu batin Ghaib
yang tak berwajah-
tapi telah lama berumah

Di tamanku
batin ghaib seperti mahuberkawan
di tamanku batin Ghaib seperti berkawan
masih jauh-
untuk bersahabat
Kearah kiblat


Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang linguistik dan tatabahasa. Antara buku-buku yang dihasilkan oleh beliau ialah Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan.Tatabahasa Bahasa Melayu diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu termasuklah penghasilan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989. Sekarang ini beliau terlibat dalam bidang telaah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sudi meluangkan masa untuk maksud menyumbang dan membantu. Kesan daripada usaha ini ialah penerbitan beberapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi yang diterbitkn oleh penerbit Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Dalam bidang pengembangan aplikasi linguistik, beliau berhasil menerbitkan tiga buah kamus terbitan Penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-2004), Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006) dan Kamus Pelajar KBSR (2007). Selain itu, beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku puisi iaitu Penyair dan Kreatif bersama Lim Swee Tin pada tahun 2007 dan Semiotik pada tahun 2008. Kesemua ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor.

Penglibatan Prof Arbak



Pada masa sekarang beliau terlibat sebagai ahli
Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil dan Panel Hakim Hadiah Sastera Negeri Sembilan (PEN). Beliau sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada pelbagai cawangan (Selatan, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung Malaysia). Penyelidikan terakhir yang sedang dijalankan ialah Nahu Minimalis dan penerapannya dalam bahasa Melayu. kegiatan lain termasuklah kegiatan menulis puisi dan rencana ilmiah termasuk penglibatan dalam kegiatan sastera yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena selain kegiatan bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain....

kenangan bersama Prof. Arbak

Prof. diluar biliknya








Jutaan terima kasih untuk Prof. Arbak Othman

Anugerah

Prof Arbak pernah memenangi Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak ( Hadiah Utama) 4 julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ketegori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. Bulan Mei 2004, penulis memenangi Anugerah hadiah Sastera kumpulan Utusan bagi ketegori hadiah Utama kajian Sastera 2003. memenangi hadiah rencetan ketegori esei kritikan, anjuran DBP

Karya-Karya Beliau




Antologi puisi pertama yg berjudul Peta Cinta telah diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa 2001. Antologi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan 2003, Sinar Masa 2004, Sketsa Kehidupan 2005 dan Suara Gundah Di Bumi Basah 2006 dan Leka Pimpi 2007. Novel pertama beliau bertajuk Dari Delima Ke Destinasi diterbitkan oleh penerbit Pustaka Nusa 2002. berjaya mengahsilkan sebuah buku kritikan puisi berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi diterbitkan oleh penerbit Citra Kurnian Enterprise, Seri Kembangan.berhasil menerbitkan kamus terbitan Penerbit Oxfard Fajar, Judul ketiga-tiga kamus itu ialh kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-2004), kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006) dan Kamus Pelajar KBSR (2007), Buku Puisi, penyair Dan Kreativiti ( bersama Lim Swee Tin) 2007 dan Semiotik 2008 Terbitan Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor.

Bentuk Artikal & Rencana

Sebanyak 156 buah, kebnayakannya tertumpu kepada bidang Lingustik dan Tatabahasa, aplikasi konsep Teori Linguistik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teori perkamusan dan akhir2 ini beliau banyak terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kecenderungan Linguistik-semiotik. beberapa daripadanya diterbitkan dalam Jernel Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, malahan Pangsura, Jurnal Bahasa, Majalah Akar Majalah Pemikir.