Ada Udara ada suara
Tapi Bisikan terlalu dalam
itu batin Ghaib
yang tak berwajah-
tapi telah lama berumah
Di tamanku
batin ghaib seperti mahuberkawan
di tamanku batin Ghaib seperti berkawan
masih jauh-
untuk bersahabat
Kearah kiblat
Thursday, April 9, 2009
karya yang di terbitkan
Posted by Nur Syahidah Afifah at 3:47 AM 0 comments
Posted by Nur Syahidah Afifah at 3:18 AM 0 comments
Penglibatan Prof Arbak
Pada masa sekarang beliau terlibat sebagai ahli
Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil dan Panel Hakim Hadiah Sastera Negeri Sembilan (PEN). Beliau sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada pelbagai cawangan (Selatan, Pantai Timur dan Selatan Semenanjung Malaysia). Penyelidikan terakhir yang sedang dijalankan ialah Nahu Minimalis dan penerapannya dalam bahasa Melayu. kegiatan lain termasuklah kegiatan menulis puisi dan rencana ilmiah termasuk penglibatan dalam kegiatan sastera yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena selain kegiatan bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain....
Posted by Nur Syahidah Afifah at 3:12 AM 0 comments
Anugerah
Prof Arbak pernah memenangi Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori Sajak ( Hadiah Utama) 4 julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ketegori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. Bulan Mei 2004, penulis memenangi Anugerah hadiah Sastera kumpulan Utusan bagi ketegori hadiah Utama kajian Sastera 2003. memenangi hadiah rencetan ketegori esei kritikan, anjuran DBP
Posted by Nur Syahidah Afifah at 2:42 AM 0 comments
Karya-Karya Beliau
Posted by Nur Syahidah Afifah at 2:42 AM 0 comments
Bentuk Artikal & Rencana
Sebanyak 156 buah, kebnayakannya tertumpu kepada bidang Lingustik dan Tatabahasa, aplikasi konsep Teori Linguistik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teori perkamusan dan akhir2 ini beliau banyak terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kecenderungan Linguistik-semiotik. beberapa daripadanya diterbitkan dalam Jernel Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, malahan Pangsura, Jurnal Bahasa, Majalah Akar Majalah Pemikir.
Posted by Nur Syahidah Afifah at 2:41 AM 0 comments
Novel Pertama Prof. Arbak
Novel Dari Dilema ke Destini merupakan sebuah novel sosio-politik dalam konteks sebuah negara merdeka yang sedang meningkat maju dengan pesatnya dalam bidang ekonomi. Pemikiran di dalam novel ini berusaha memenuhi konsep keadilan melalui tindakan plitik yang menjana perkembangan mental rakyatnya yang berbilang kaum.Jalan-jalan keluar yang menyusuri kekusutan yang melanda nasib rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada kaum bumiputera dan kaum bukan-bumiputera menjadi intisari pemikiran dan tindakan yang terpaku kepada usaha mencari keadilan berdasarkan persepsi agihan dan peruntukan yang dapat menyelamatkan setiap bangsa, agama, kepercayaan dan politik mereka dalam kepompong yang sentiasa sengit dan menyengat itu. Pembaca sentiasa dibawa ke arena penghidupan yang kusut sebagai peneliti kebenaran falsafah pemikiran yang terkandung di dalam novel ini
Posted by Nur Syahidah Afifah at 2:30 AM 0 comments
Friday, April 3, 2009
Kenali Arbak Othman
Posted by Nur Syahidah Afifah at 5:58 AM 0 comments
Thursday, April 2, 2009
Puisi " Pada Musim Bunga"
Pada musim bunga
Yang paling istimewa
Ialah seni keindahanya
Pada musim bunga
Yang paling seni
Ialah wajah warnanya
Pada musim bunga
Yang paling sunyi
Ialah bunyi abadi
Yang membentuk musim bunga
Ialah cuaca bahagia
Yang menyerap kejiwa
Tak kan ada musim bunga
Ialah cuaca bahagia
Yang menyerap ke jiwa
Tak kan ada musim bunga
Yang tidak dikelilingi suara
Dari perut kata-kata
Selama dan setia
Setiap bunyi dan wajah di berkati
Menutup suara-suara kecil, tapi
Hujan kalbu lebih cepat mengundang rindu
Hingga udara bisu lebih dulu
Meluaskan jalan bisikan sepi yang lebih batin-
Di taman sepi
Di tamanku
Di taman batin- menunggu
2004
Posted by Nur Syahidah Afifah at 11:04 PM 0 comments
Dr. Normaliza Abd. Rahim ( Dr. ) itulah pensyarah kite orang, walaupun dia tegas orangnya, muka pun nampak garang…(sorry yea Dr, jgn marah…hehe) tapi best belajar dengannya..macam ada aura laa…rasa bersemangat je aku nak belajar..hehee… subjek ni memang best..rase sayang lak nak tinggalkan semua ni….Terus-terang aku cakap kelas ini memang memenatkan, nak tahu kenapa? Yelah…tiap2 kali kelas mesti ada tugasan yang on the spot kita kena hantar..masa yang Dr bagi pula kadang2 1 jam..kadang2 tak sampai pun 1jam…aku dah la tak biasa nak buat sesuatu dalam masa yang pendek camtu..mujur la lama2 aku ok..dah biasa pulak jadinya..huhu. Pastu, perkara yang tak terfikir olehku, iaitu ambil gambar slide masa Dr tengah mengajar, bukan main best la kteorang..ngan gambar2 Dr sekali aku amik..hehe…tapi tu kejap je…coz lepas je Dr ngajar, dia akan soal tiap2 kumpulan, so kte orang memang kena ready gile2 ah..kalau tak dapat jawab, tak dapat la markah..huhu..Lagi satu kalau sorang ahli kumpuan datang lewat, ahli kumpulan lain akan dapat masalah gak, yelaa kena potong markah, so, dengan cara ini, kteorang memang take care gle2 ah tiap2 ahli group kteorang..jangan sampai ada yang tak pergi kelas. Apa pun aku berbangga dengan Dr, coz banyak memberi ilmu yang berguna untuk kami semua, mungkin sekarang ada yang tidak menyedarinya..ye la…tak kuar bekerja lagi, bila dah sampai masanya baru kita sedar yang setiap kita belajar itu ada manfaatnya…TUGASAN INDIVIDU Tugasan BuAt SliDe. Yang ni tugasan pertama aku, individu, buat tugasan tajuk global, buat slide je..kena letak gambar banyak2..so, malam tu searhing la gambar kat internet, oh yaa…aku buat tajuk kembar siam… memag isu ini isu global ah. Banyak kejadian kembar siam, kembar kat kepala lah, badan lah kacian aku tengok, em...semua tu nak guna duit yang banyak lah untuk pembedahan. kalau tak bedah tak boleh pulak. So kalau rasa-rasa banyak duit dan tak tahu nak bagi kat sape salurlah duit tu, dapat juge pahala buat amal kan, dapat bantu selamatkan nyawa orang. Tugasan Buat KaLenda ni juga tugasan secara Individu juge, gune photoshop. Eeeee.....e memang mencabar jugak la tugasan ini..tapi inilah tugasan yang aku paling suke buat..kalau suruh buat lagi pun aku sanggup jea..coz aku dah reti..huhu… dan aku pernah belajar guna alah ni, so soronok bukan main ah... pulak tu tema bebas lagi aku suka buat... ikut hati kate kan....huhu.. Saat mendebarkan jangtung ku time Cik. Alia nak cek kelender tu.. rasa macam nak gugur jantung akau...yelah takut tak lulus...tapi akhirnya syukur, lulus juge akau punya kelenda tu...huhu..kembang semangkuk ah aku.Masa pegi amik kalendar tu pulak, aku terkejut beruk dan bukan ape coz tak sangka benda yang aku hasilakn memang lawa...huhu...puji sikit..kita buat kan...Selesai sudah tugasan pertama. Kita orang terpaksa pula membuat laman web, tapi tak boleh pula aku nak tunjukkan kat korang, tapi itulah yang aku paling suka buat, menarik bagi aku. Walaupun pada mulanya ia kedengaran agak rumit, namun dengan kerajinan aku dan tunjuk ajar dari Cik Alia dan rakan-rakan aku dapat menyiapkannya.hehee…Masa mula2 aku dengar kena buat tugasan ini rasa takut sangat2..rase macam susah je..dan rasa macam aku tak boleh wat je…tapi itu semua hanya pada permulaannya sahaja…tapi bila dah siap aku rase website aku la yang paling comeyy. Masa dalam proses nak buat tu susah gak, memang xreti pape pun lagi. Masuk hari ke 3, ke 4..aku dah mula expert dah..huhu..Sebenarnye memang agak susah jugak laaa nak buat website ni, tapi bila aku belajar, lama2 aku rase benda tu senang je….Cuma kita kena explore sendiri, itulah kata2 Cik Aliya yang telah pun kami hafal sehingga kini..huhu..betul juga katanya, kalau kita tak explore macam mana kita nak reti sesuatu..so, pandai2 la..aku pun bukannya reti sangat, belajar ngan member2 jugak..masing2 tolong-menlong..best jugak wat tugasan macam ni..Best tau...pengalaman berharga. Jeng.jejegen... tiba masa untuk TUGASAN BERKUMPULAN TUgAsaN GaMBaR n PeriBAhaSA terkejut juga aku masa dalam kelas aritu, 4 Feb 2009, Dr tiba2 suruh kte orang keluar dan ambil gambar…pastu kaitkan dengan peribahasa atau perumpamaan..gambar2 tu pulak nak dengan aksi yang lain dari yang lain…kte orang masa tu dah pening dah..cammane la nak buat…susah je nampak..huhu...Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan yang pertama kami..Kumpulan aku iaitu kumpulan Apollo, sedap tak nama kumpulan kite oarang huhu...huhu terdiri daripada 6awek2 yang comey2 belaka..Memang susah gile2 ah nak amik mood nak bergambar ni..biasenya senang je nak beraksi depan kamera..tapi bila dah sampai bab2 gini jadi susah pulak..semua jadi blur2..huhu. Memang susah tuk amik feel nak bergambar ni…
JOm layan gambar kte orang..
"muka tembok"
Tugasan kEBajikAn SosiAL ni adalah tugasan berkumpulan yang ke-2, paling mencabar..paling meletihkan tapi paling bermakna dalam hidup aku..tak pernah lagi aku rasa kenangan manis bersama adik-adik comeyy dan kecik2 lagi… Tibe2 aku terfikir, memang betul apa yang Dr buat, setiap tugasan yang dia bagi ada manfaat disebaliknya.Tempat yang kami lawati adalah Rumah Anak-anak Yatim ( Pusat Tahfiz) Rumah anak Yatim Ronghingya di Selayang. Kami bertolak jam 9.00am temaptnya agak jauh juga, tapi macam mane pun kemne pergi juga untuk melaksanakan tugas yang di amanahkan.huhu.... Memang banyak kenangan pahit manis semasa menjalankan tugasan ini, dalam banyak2 tugasan, tugasan iniah yang paling mencabar dari segi fizikal dan emosi. Untuk pengetahuan semua, kumpulan aku saje yang pergi kesana memangkan tida kumpulan lain yang boleh join sama, tapi tak pelah, ape yang penting "kerjasama" huhu... Time sampai madarasah tu aku tiba2 mengalirkan air mata, tak dapat tahan tengok mereka semua tak ada mak ayah lagi, kecik2 semua tau...em teringat kat adik2 aku kat umah...jumalah keseluruhan mereka seramai 130 orang. Naik sahaja madrasah tu kumpulan aku di sambut denagn baik oleh anak2 di sana, saat aku bersalam dengan mereka semua aku nagis lagi, tak tahu macanne nak cakao kat korang semua, daif sanagt tempat mereka, 2 lah temapat mereka belajo, sembahyang dan riadah... Tengok lak muka2 anak2 yang kecik2 em lagi laju air mata aku keluar. tak cukup tisu tau...hehe....2 lah kenangan paling manis buat aku... JOm layan gambar2 kteorang amik masa aritu..
kenangan bersama pengetua dan pendidik Madrasah
wajah-wajah yg dahagakan kasih sayang
Tugan terakhir pulak BUat BLoG, dalam tugasan ini pula kte orang terpaksa pergi interview tokoh bahasa yang ada kat Malaysia ni, kalo yang dah banyak hasilkan buku ilmiah atau karya pun kira ok la…so, aku pun xbercadang lagi nak interview sape…Sehinggalah, satu hari tu..aku tak terpikir nak buat "abah" iaitu penyelia aku iaitu Prof. Dr. Arbak Othman. Spoting sangat-sangat.... ambik gambar, ambik biodata dia...pas2 Dr suruh juge butkan blog untuknya....nantilah Dr. ciap blog aku boleh ah buatkan tuk orang lain nanti...betul tak..huhu..AkHir BicaraRumusannya...macam2 kteorang belajar dalam subjek ni dan…aku sangat2 sukaaa…dengan kelas Dr Normaliza ni…banyak sangat yang aku belajar..ada jugak stress tapi rase2 banyak yang hepi dari stress tu…dan banyak ilmu yang aku dapat..aku harap, dengan ilmu yang aku pelajari sekarang ini, aku dapat praktikkan pada masa akan datang..dan aku berharap agar Dr sentiasa ceria dan meneruskan cara pengajaran yang Very2 thE BeST ini…Akhir kata, semoga Dr sihat sentiasa dan terima kasih untuk segalanya… halalkan ilmu yang diberi moge kita semua dapat Skor untuk subjek ini...I LoVe Dr..huhu
Posted by Nur Syahidah Afifah at 8:36 PM 0 comments