? ??????????????Love to Hate? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (45 Ratings)??26 Grabs Today. 8737 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Love Hearts? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (80 Ratings)??26 Grabs Today. 16221 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Cop CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 9, 2009


Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang linguistik dan tatabahasa. Antara buku-buku yang dihasilkan oleh beliau ialah Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan.Tatabahasa Bahasa Melayu diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu termasuklah penghasilan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989. Sekarang ini beliau terlibat dalam bidang telaah teori sastera melalui pembacaan, penasihatan dan teguran daripada pakar-pakar dan para sarjana sastera tanah air yang sudi meluangkan masa untuk maksud menyumbang dan membantu. Kesan daripada usaha ini ialah penerbitan beberapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Baru-baru ini berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi yang diterbitkn oleh penerbit Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Dalam bidang pengembangan aplikasi linguistik, beliau berhasil menerbitkan tiga buah kamus terbitan Penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-2004), Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006) dan Kamus Pelajar KBSR (2007). Selain itu, beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku puisi iaitu Penyair dan Kreatif bersama Lim Swee Tin pada tahun 2007 dan Semiotik pada tahun 2008. Kesemua ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor.

0 comments: